Khamis, 16 November 2017

Percutian London & Paris with Love - Day 1

Assalamualaikum guysss....

Flight aku time ni pukul 10.15 am. Sesampainya kat airport siap2 check-bag, settle semua dan breakfast sekejap. Time ni penerbangan kami ke Dubai Airport dulu.

While waiting for boarding, bergambar dulu...hehhe

Hidangan pertama from KL - Dubai di dalam flight, mmg sedap dan terlebih kenyang lah lagi2 aku yg suka mintak air byk kali..ahhaaa


Hidangan kedua from KL-Dubai beberapa jam sebelum mendarat.
 
tgk movie, dgr lagu dan tidur,, tu jelah keje aku...


 Setelah 7 jam perjalanan maka sampailah kami ke Dubai Airport.. transit 3jam aku pergi berus gigi, cuci muka dan ronda2 kedai2 di Dubai Airport sahaja. Tak lama pun sebenarnya 3 jam tu.

Ni pulak hidangan pertama di dlm flight dari Dubai - London, mcm biasa mengenyangkan dan sedap.
Hidangan kedua beberapa jam sebelum mendarat di London Heathrow. Time ni aku tak larat nak makan sgt sbb kenyang dan badan dah penat tak sabar nak sampai London. 




Setelah 17 jam perjalanan maka sampailah aku ke London. Time ni dah malam lebih kurang jam 8.00 malam. Setelah selamat menempuh imegresen yg panjang, ketat dan disoal mcm2 kami terus menuju ke tempat tuntutan bagasi dan mencari bas (Hoppa Bus) untuk ke hotel berdekatan yg telah aku booking secara online awal2 lagi.

Hotel berdekatan utk kami berehat sebelum meneruskan perjalan keesokan pagi
Harga semalaman untuk hotel ni GBP(£) 59.94

Oh ye, sewaktu tibanya aku dkt airport cuaca teramatlah sejuk lebih kurang 6-7'c . Kesejukan sampai aku x mampu keluarkan tgn dari poket. Mulut pun kejung dah nak cakap siap berasap2 mulut... hahahaa... pengalaman yg tak dpt dilupakan...

Ok masa untuk check-in dan tidur... Bersambung lagi di next entry... Stay Tune .....

Tiada ulasan: