Khamis, 16 November 2017

Percutian London & Paris with Love - Day 1

Assalamualaikum guysss....

Flight aku time ni pukul 10.15 am. Sesampainya kat airport siap2 check-bag, settle semua dan breakfast sekejap. Time ni penerbangan kami ke Dubai Airport dulu.

While waiting for boarding, bergambar dulu...hehhe

Hidangan pertama from KL - Dubai di dalam flight, mmg sedap dan terlebih kenyang lah lagi2 aku yg suka mintak air byk kali..ahhaaa


Hidangan kedua from KL-Dubai beberapa jam sebelum mendarat.
 
tgk movie, dgr lagu dan tidur,, tu jelah keje aku...


 Setelah 7 jam perjalanan maka sampailah kami ke Dubai Airport.. transit 3jam aku pergi berus gigi, cuci muka dan ronda2 kedai2 di Dubai Airport sahaja. Tak lama pun sebenarnya 3 jam tu.

Ni pulak hidangan pertama di dlm flight dari Dubai - London, mcm biasa mengenyangkan dan sedap.
Hidangan kedua beberapa jam sebelum mendarat di London Heathrow. Time ni aku tak larat nak makan sgt sbb kenyang dan badan dah penat tak sabar nak sampai London. 




Setelah 17 jam perjalanan maka sampailah aku ke London. Time ni dah malam lebih kurang jam 8.00 malam. Setelah selamat menempuh imegresen yg panjang, ketat dan disoal mcm2 kami terus menuju ke tempat tuntutan bagasi dan mencari bas (Hoppa Bus) untuk ke hotel berdekatan yg telah aku booking secara online awal2 lagi.

Hotel berdekatan utk kami berehat sebelum meneruskan perjalan keesokan pagi
Harga semalaman untuk hotel ni GBP(£) 59.94

Oh ye, sewaktu tibanya aku dkt airport cuaca teramatlah sejuk lebih kurang 6-7'c . Kesejukan sampai aku x mampu keluarkan tgn dari poket. Mulut pun kejung dah nak cakap siap berasap2 mulut... hahahaa... pengalaman yg tak dpt dilupakan...

Ok masa untuk check-in dan tidur... Bersambung lagi di next entry... Stay Tune .....

Percutian London & Paris with Love ~ INTRO

Assalamualaikum... Jumpa lagi setelah sekian lama tak update blog.
Kali ni aku nak story sikit pengalaman aku menjejakkan kaki ke kota cinta, Kota London & Kota Paris bersama suami tersayang... ehehehe...
Percutian aku ni bulan Mac 2017 tapi sekarang bulan November baru berkesempatan nak update blog aku yg dah berhabuk ni... sadisss kan....

Aku beli tiket flight masa ni bulan January tanpa dirancang. Saja berbual-bual kosong dengan suami cakap bestnyee kalau dapat jejak kaki ke London walaupun masa ni aku rasa aku mmg berangan je nak ketempat jauh2 mcm tu...

Suddenly hubby cakap suruh aku survey flight tiket dan pergi bulan March which is date selected on my birthday... Time ni aku dah rasa mcm mimpi pun ade.. Biar betul laki aku ni.... Rupanya aku tak bermimpi pun... Thank You Sayang for the best ever birthday present.

Hubby serahkan kat aku utk settle semua like flight ticket dan jadual perjalanan kat sana. Maklumlah kami pergi x guna agent.. ibarat meredah alam semesta, jatuh bangun tanggung sendiri...hahahaaa....

So aku ade 2 bulan je sebelum berlepas. agak berserabut jugak dgn nak fikir tempat tinggal, pakaian ape nak pakai sbb pergi musim sejuk, tempat makan halal, transport dan juga lokasi2 yang hendak dilawati.. Pening wehh fikir sorang2. Tp Alhamdulillah everything going well dan aku pun dah selamat pulang.

FLIGHT TICKET :
Aku search beberapa syarikat penerbangan untuk compare harga2 dan akhirnya aku memilih EMIRATES AIRLINES yg dikatakan "world class service" ni untuk penerbangan kami. Lagipun aku tak pernah lagi naik Emirates sebelum ni selain Air Asia, Jetstar Airways dan Malaysia Airlines.
Perjalanan dari KL-London memerlukan untuk aku transit di Dubai. First time jugakla aku dpt merasa naik kapal terbang 2 tingkat ( Airbus 380) yg besar gedabak ni... kelassss uolssss.... mmg terbaik service Emirates berpatutan dengan harganya.

Tarikh perjalanan : 23 March 2017 - 1 April 2017
Harga Tiket = RM 2,832.00 x 2 orang = RM 5,664.00
KLIA - Dubai  (7 jam) transit 3jam
Dubai Airport -  LONDON HEATHROW ( 7jam)

So total masa yg diambil adalah 17 jam... haha..kematu wehhh...tp bila berjalan dengan yg tersayang x rasa penat pun... hheheee...

So jom ke next entry aku untuk mengetahui tentang perjalanan kami ... Stay Tune <3 <3 <3