Khamis, 12 Oktober 2017

Pengalaman di Krabi : Day 2 : Phi Phi Island

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Sawaddi Khaa...

Untuk entry kali ni aku nak story pengalaman hari kedua aku di Krabi. Untuk hari kedua ni aku habiskan masa seharian untuk tour Phi Phi Island. Pakej ni aku dah beli siap2 masa Day 1 aku kat Krabi. Mmg aktiviti utk tour Phi Phi Island ni akan start dpd pagi sehinggalah ke petang ye.. So korang cuma ada waktu rehat malam sahaja..

Phi Phi Island ni terdapat 7 pulau di dlm nya. Setiap pulau ni x semestinya korang bleh turun ye.. Ada yg just sightseeing,snorkeling, makan dan sebagainya. So setiap pulau yg korang akan berhenti ni aktivitinya berbeza. Tp mmg x rugi pun ambil pakej Phi Phi Island ni bg aku sbb semua pulau ni mmg cantik yg teramat2. Aku sendiri rasa terpegun tgk laut biru jernih yg sgt cantik.

Ni itenerary utk Phi Phi Island. Lepas beli pakej ni x perlu risau sbb van akan pickup korang betul2 depan hotel korang menginap dan timing sgt punctual ya.. So far mmg puas hati dan berbaloi dgn harganya.

So kt sini aku share kan beberapa gambar sepanjang tour di Phi Phi Island ni. X semua pulau aku dpt snap gambar sbb byk aktiviti air disamping nk jimat bateri phone..hahaha...











Ok ni jela gambar2 hari kedua untuk tatapan uolsss..hehe..mane2 yg censored tu pejam mata jela ye...biase lah mat salleh kan... gambar masa kat tempat snorkeling aku x sempat snap walaupun aku x turun pun dari boat join snorkeling. Masa bayangkan nak snorkeing bukan main excited aku, sekali sampai tempat snorkeling aku jd takut nak turun walaupun dah siap2 pakai snorkeling equipment masa tu...aku berhuhuhuu je atas boat tgk org lain snorkeling sampai habis masa...hahahaa...

Utk aktiviti malam...makan dan tidur sahaja sbb dah penat seharian pusing 7pulau. Charge energy untuk aktiviti keesokan harinya pula...

Ok sekian coretan utk hari kedua ~ Phi Phi Island. Tunggu next entry ya... Stay Tune ♡♡♡

1 ulasan:

Ainun Rahim berkata...

salam, saya nak tanya berapa ya harga pakej phi phi island dan kat mana nak dapat pakej ni.