Rabu, 25 Oktober 2017

Pengalaman di Krabi : Day 3 : Emerald Pool, Hotspring & Elephant Trekking


Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Sawaddi Khaa...

Untuk entry kali ni agak ringkas sbb pakej utk hari ketiga yg aku beli siap2 masa awal2 sampai Krabi ni agak santai sikit berbanding hari sebelumnya.. walaupun agak santai tp still memenatkan ye..ikutkan mcm dah x larat tp kenalah ubah mind set sbb fikir holiday nak enjoy.. bila lg nak dtg tempat ni lg kan...

Ni pakej yg aku pilih (T6)
So lepas tawar menawar dpt lah harga murah iaitu 1200 THB utk seorang..



Utk pakej hari terakhir ni mcm biasa, van akan pickup betul2 dekat lobi hotel mengikut waktu yg telah ditetapkan.

Untuk pakej kali ni aku pergi ke :

EMERALD POOL yg sgt jernih dan kehijauan. Tp perjalanan nak mendaki ke atas tu amatlah memenatkan ye..tp mcm biasa,mindset kene ingat nak holiday,so penat pun tahan jelaa... 😂😂 Tapi ok lahh dapat jugak aku berendam dgn sang hubby.. 

HOT SPRING WATERFALL yg mana air terjun nya panas .. Selalunya kalau kat Malaysia mandi air terjun mesti sejuk, kalau nk berendam air panas pun pool je kan.. Tapi ni waterfall ye.. Aku x mandi sgt pun, rendam2 kaki je.. hehee...

ELEPHANT TREKKING which is my first experience. Seriously aku x pernah naik gajah pn.. Tapi sbb dah termasuk dlm pakej takkan nak rugi mcm tu jekan.. So aku trylah memberanikan diri.. Oh ye, elephant trekking ni terletak di destinasi lain ye.. lepas puas berendam td, van akan bwk korang ke tempat gajah ni pulak.. Aku rasa naik gajah ni extreme sbb dia masuk hutan2 weh.. Aku pegang besi pemegang tu punyelah kuat sbb jalan hutan kan tak rata sgt, kdg2 rasa mcm nak tercampak pulak...hahaha... yg paling extreme gajah ni siap bwk aku masuk kubang.. time kt kubang aku x sempat nak snap gambar ke ape sbb nervous sgt2 dan terfikir mcm mana la agknye kalau handphone aku terlepas dari tgn masuk dlm kubang yg seperti Teh Tarik itu warnanya..hahha.. so hubby nasihatkan..simpan kejap handphone... 

Ok silalah cuci mata dgn gambar2 yg sempat aku snap ye.. 


Penat ye mendaki

Emerald Pool. Cantik kan pool jernih mcm ni kat tgh2 hutan..
Entrance Hot Spring Waterfall

Maaflah ye, mmg ramai pelancong seluruh pelusuk dunia..hahaaa... x tau nak sopankan gambar2 ni mcm mana lagi.. So aku x snap byk sgt pn gambar.. aku pun setakat rendam2 kaki je nak rasa la air terjun yg panas ni.. 
Buat2 mcm x nervous je padahal dlm hati takut ni..

kalau xde hubby kat sebelah jgn haraplah aku nak naik gajah ni..

Trek awal gajah nak masuk hutan.. Huh..

Dah pertengahan jln dlm hutan, aku harap sgt time ni gajah ni x buat hal dan jumpa jalan balik ..hahaha

Selesai exploring the jungle with Mr.Elephant. Disebabkan gajah ni dgr kata tuan dia dan sgt behave, bwk kitorg jln dgn selamat, so aku upah makan tebu ye.. See u again Mr.Elephant..
X perlu risau tentang makanan sepanjang perjalanan yg memenatkan itu ye. Sbb pakej yg dibayar termasuk makanan tengahari yg HALAL dan SEDAP.. Ni portion untuk 2 org. Kenyangg !!


Petang tu aku dah sampai semula ke hotel. So malam tu aku dgn hubby pilih utk jalan2 dkt area berdekatan sambil2 tgk souvenir dan makan. Ikutkan mmg dah tak larat sebab dah tempuh seharian aktiviti yg memenatkan tp bila fikirkan keesokan harinya aku akan terbang pulang ke tanah air tercinta,hahaha...so gunalah masa yg ada utk explore habis-habisan. Jgn risau sbb area Aonang ni mmg happening walaupun sampai lewat mlm.

Utk terakhir kalinya makan Nutella Pancake tersedap sebelum berangkat pulang esok pagi. Ni jugak lah makanan yg paling byk kali aku beli sbb sedap yang amattttt.... 

Dinner utk malam terakhir. Mcm semua org tahu, Tomyam Thai mmg teramat marvelousss... X sama ok mcm Thai Restaurant kt Malaysia. Ni mmg original Thai Tomyam.. Yg penting makanan2 semua sedap2 dan HALAL ! Oh ye, ni aku makan kat Bangboo Halal Restaurant. Recommended !!

Ok Uollsss...Utk hari ke-4 pagi2 lagi aku dah checkout dan menuju ke airport utk pulang... aku rasa ini sahaja story aku utk percutian 4H3M di Krabi ni. For those yg rasa nak holiday dgn family or kwn2 atau nak honeymoon, for me Krabi is really a nice place to visit and don't forget to choose Aonang Beach for the great stay. Kalau diberi rezeki, aku nak jejak lagi kaki ketempat ni and explore more. 

Aku harap korang x bosan lah eh baca coretan2 aku nii... hehee... Anything to ask can directly email me at : 
wana2203@gmail.com
♡Assalamualaikum♡




Khamis, 12 Oktober 2017

Pengalaman di Krabi : Day 2 : Phi Phi Island

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Sawaddi Khaa...

Untuk entry kali ni aku nak story pengalaman hari kedua aku di Krabi. Untuk hari kedua ni aku habiskan masa seharian untuk tour Phi Phi Island. Pakej ni aku dah beli siap2 masa Day 1 aku kat Krabi. Mmg aktiviti utk tour Phi Phi Island ni akan start dpd pagi sehinggalah ke petang ye.. So korang cuma ada waktu rehat malam sahaja..

Phi Phi Island ni terdapat 7 pulau di dlm nya. Setiap pulau ni x semestinya korang bleh turun ye.. Ada yg just sightseeing,snorkeling, makan dan sebagainya. So setiap pulau yg korang akan berhenti ni aktivitinya berbeza. Tp mmg x rugi pun ambil pakej Phi Phi Island ni bg aku sbb semua pulau ni mmg cantik yg teramat2. Aku sendiri rasa terpegun tgk laut biru jernih yg sgt cantik.

Ni itenerary utk Phi Phi Island. Lepas beli pakej ni x perlu risau sbb van akan pickup korang betul2 depan hotel korang menginap dan timing sgt punctual ya.. So far mmg puas hati dan berbaloi dgn harganya.

So kt sini aku share kan beberapa gambar sepanjang tour di Phi Phi Island ni. X semua pulau aku dpt snap gambar sbb byk aktiviti air disamping nk jimat bateri phone..hahaha...











Ok ni jela gambar2 hari kedua untuk tatapan uolsss..hehe..mane2 yg censored tu pejam mata jela ye...biase lah mat salleh kan... gambar masa kat tempat snorkeling aku x sempat snap walaupun aku x turun pun dari boat join snorkeling. Masa bayangkan nak snorkeing bukan main excited aku, sekali sampai tempat snorkeling aku jd takut nak turun walaupun dah siap2 pakai snorkeling equipment masa tu...aku berhuhuhuu je atas boat tgk org lain snorkeling sampai habis masa...hahahaa...

Utk aktiviti malam...makan dan tidur sahaja sbb dah penat seharian pusing 7pulau. Charge energy untuk aktiviti keesokan harinya pula...

Ok sekian coretan utk hari kedua ~ Phi Phi Island. Tunggu next entry ya... Stay Tune ♡♡♡